Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Ram Singh kekal terajui Persatuan Memanah Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Ram Singh dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah (PMNS) bagi penggal kedua, 2026 hingga 2028.

Beliau dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PMNS yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Ram berharap barisan jawatankuasa yang baharu dilantik dapat meneruskan kerjasama bagi memperkembangkan sukan memanah di seluruh Sabah secara inklusif dan tanpa prejudis.

Katanya, penglibatan wakil daripada kebanyakan daerah yang bernaung di bawah PMNS dalam barisan kepimpinan baharu itu diharap dapat memperkukuh usaha pembangunan sukan memanah di negeri ini.

Barisan kepimpinan PMNS bagi penggal 2026 hingga 2028 ialah:

Presiden: Datuk Ram Singh, JP
Timbalan Presiden: Rizwan Dahlan
Setiausaha Agung: Kartini Kamis
Penolong Setiausaha: Syamsul Bahri
Bendahari: Stephanie Chin Wei Ling

Ahli Jawatankuasa:
Amran Atong
Davie Mojunting
Siti Cynthia Shawal
Jameston Jaimus
Sulaiman Sadude
Clarence Jews
Roslinah Aliong
Mohd Shafie Zulkifli
Shiu Vay Leung

LEAVE A RESPONSE