Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Lelaki Tipu Beli Emas Guna Resit Palsu, Mangsa Rugi Hampir RM8,000 di Penampang – Sabah News





PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat kes penipuan jual beli emas menggunakan resit palsu Dan menyebabkan mangsa alami kerugian hampir RM8,000.

Polis Penampang memaklumkan pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), telah berjaya menahan suspek berusia 42 tahun pada pagi kelmarin.

“Mangsa kerugian hampir RM8,000 selepas menyerahkan emas kepada suspek yang menunjukkan bukti bayaran palsu melalui aplikasi perbankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan “menipu & secara tidak jujur mendorong penyerahan harta” dan jika didapati bersalah, penjara tidak kurang setahun, tidak lebih 10 tahun,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyerahkan barangan kepada pembeli dalam urus niaga dalam talian.




LEAVE A RESPONSE