Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Curi dua paket minuman segera, bapa tiga anak dikenakan bon berkelakuan baik

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bapa kepada tiga anak yang mencuri dua paket minuman segera ‘3 in 1’ untuk kegunaan sendiri dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Marilyn Kelvin membuat perintah itu terhadap Mohd Dellassrul, 31, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 12 September lalu, jam 6.44 petang, di Servay Hypermarket, Putatan.

Dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan Mohd Dellassrul dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin tempatan serta jaminan RM2,000 tanpa deposit.

Semasa rayuan, peguam Lawrence Lim yang mewakili Mohd Dellassrul memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai tiga anak dan merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Lawrence berkata, Mohd Dellassrul mencuri minuman segera berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Beliau memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik terhadap anak guamnya dan membenarkan jaminan tanpa deposit.

Pegawai Pendakwa Inspektor Dzulfamie Amrin memohon mahkamah mengenakan hukuman yang bersesuaian.

LEAVE A RESPONSE