Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

MAFFI sambut baik tindakan import ayam sejuk beku tidak sah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membanteras kegiatan import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah.

Jamawi

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tindakan itu selari dengan arahan beliau ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Sepanggar pada 19 Julai lalu.

“MAFFI mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM menahan tiga individu serta merampas 10 kontena ayam sejuk beku yang dipercayai diimport secara tidak sah dari China menerusi Ops Chick pada 11 Ogos lalu.

Menurutnya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti import produk makanan perlu mendapatkan permit secara sah serta mematuhi prosedur dan peraturan ditetapkan.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya memohon permit import secara sah dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan melancarkan Ops Chick dengan kerjasama AKPS dan JKDM, yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.

Ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China itu dipercayai diisytiharkan secara tidak benar serta tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

SPRM juga sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.

LEAVE A RESPONSE