Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

58 warga asing dipenjara masuk Sabah secara haram

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 58 warga asing dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Kesemua 43 lelaki dan 15 wanita warga Filipina serta Indonesia mengaku bersalah dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Daripada jumlah itu, 56 warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dua lagi tertuduh masing-masing dijatuhi hukuman keseluruhan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah dan masuk semula ke negeri ini tanpa pas selepas diusir keluar.

Seorang daripada mereka turut dikenakan satu sebatan.

Bagi kesalahan masuk semula selepas diusir keluar di bawah Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, dan boleh juga disebat serta disingkirkan dari Malaysia.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman terhadap dua tertuduh berkenaan dijalankan secara berasingan.

Kesemua 58 tertuduh akan dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas selesai menjalani hukuman untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Mohd Sharifuddin Salim, serta Pegawai Imigresen Baxter Junior Goh dan Mohd Hairul Bona.

LEAVE A RESPONSE