Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki didakwa kendali RM284.10 harta pengganas dibicara April tahun depan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa mengendalikan secara langsung harta pengganas akan dibicarakan pada 6-8 April tahun depan, di Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Ratanah Devi Yusof Perumal menetapkan tarikh perbicaraan itu terhadap tertuduh Tahadji Jirani, 63.

Mahkamah turut menetapkan 28 September sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan ketika sebutan kes, hari ini.

Tahadji, seorang pemegang kad pengenalan merah atau status Pemastautin Tetap (MyPR), didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara membuat penghantaran wang sebanyak RM284.10 melalui penyedia perkhidmatan kiriman wang bagi manfaat pengganas tersebut.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 24 Jun 2016 jam lebih kurang 9.01 pagi, bertempat di Syarikat TML Remmittance Centre Sdn. Bhd., Jalan Singapore, di Sandakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dimukum di bawah peruntukan yang sama.

Jika disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan bolehlah didenda, dan hendaklah juga dilucuthakkan apa-apa harta yang telah dikendalikan tersebut

Pada 11 Jun lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada pemandu kenderaan berat itu.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini sebelum tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan pada 16 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainaa Ridzwan, mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon.

LEAVE A RESPONSE