Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Lelaki Bawa Pisau Taji Diberkas Polis, Disyaki Terlibat Kes Pecah Kedai di Kg Titingan – Sabah News





TAWAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah kedai di kawasan Fajar selepas menerima maklumat awam berhubung kehadiran suspek di Kampung Titingan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 5 petang oleh sepasukan anggota dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan. 

Pemeriksaan mendapati suspek membawa sebilah pisau taji bersarung hitam yang disimpan dalam beg pinggang.

Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 28 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah, curi dan penyalahgunaan dadah di daerah Tenom serta Semporna.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah kedai dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata tajam tanpa kebenaran.

ACP Jasmin turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat setempat atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan keselamatan kawasan terpelihara.




LEAVE A RESPONSE