KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol anak tirinya.
Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusi 31 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya hari ini.
Lelaki itu juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menamatkan hukuman penjara.
Tertuduh didakwa merogol remaja Perempuan berusia 14 tahun pada 28 Mac tahun ini, jam 1 tengah hari, di dalam tandas sebuah rumah di Manggatal, di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya, yang kemudian memaklumkannya kepada makcik mereka.
Makcik mangsa kemudiannya membawa mangsa membuat laporan polis, sebelum tertuduh ditangkap.






