Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Warga Korea antara 28 warga asing ditahan pihak imigresen


Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seramai 28 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di daerah Keningau, Kudat dan Kota Kinabalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah berkata, kesemua mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat pas mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Di Keningau, Ops Sapu yang dijalankan memeriksa seramai 92 individu, dengan 16 warga asing ditahan.

Tangkapan membabitkan warga Filipina iaitu seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Bagi warganegara Indonesia pula, tangkapan melibatkan lima lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ops Sapu, Ops Belanja dan Ops Pintu yang dilaksanakan memeriksa seramai 22 individu, dengan enam warga asing ditahan terdiri daripada warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan Korea.

Di Kudat pula, menerusi Ops Sapu, seramai 24 individu diperiksa. Enam warga asing turut ditahan terdiri daripada warga Filipina membabitkan dua lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

LEAVE A RESPONSE