Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Pelajar pertama temui Zara tidak sedarkan diri, memaklumkan tidak kenal mangsa

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pelajar yang menemukan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir terbaring tidak sedarkan diri di kawasan longkang aras bawah asrama memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa dia tidak mengenali mangsa.

Bercakap dengan media, peguam Joan Goh berkata saksi kanak-kanak ke-15 yang memberi keterangan dalam inkues kematian Zara hari ini menyatakan bahawa saksi tidak mengenali Zara kerana Zara merupakan pelajar Tingkatan Satu, dan mereka tidak tinggal di dorm yang sama walaupun berada di blok asrama yang sama.

“Menurut saksi ini pad 16 Julai 2025, jam lebih kurang 3 pagi, semasa saksi menuruni tangga blok asrama menuju ke tingkat bawah asrama untuk mengguna mesin basuh, saksi telah nampak seorang pelajar terbaring tidak sedarkan diri di kawasan longkang aras bawah asrama.

“Saksi telah memanggil pelajar tersebut tetapi dia tidak menjawab. Pada ketika itu, saksi tidak ada nampak sesiapa pelajar lain di aras bawah kerana saksi bangun awal untuk menggunakan mesin basuh,” katanya.

Tambah Joan, saksi  bergegas ke pondok pengawal untuk memaklumkan kejadian tersebut dan meminta bantuan pengawal keselamatan asrama, ‘Aunty Linah’.

“Saksi tidak mengenali Zara dan saksi tidak pasti sama ada Zara ada konflik atau dibuli oleh mana-mana pelajar di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut,” katanya.

Menurut Joan lagi saksi juga ada memberi kenyataan bahawa semasa berada did dorm saksi ada terdengar benda jatuh tetapi tidak tahu apa dan sebelum ini saksi tidak ada dengar apa-apa bunyi.

Menurut Joan lagi, saksi turut memberitahu bahawa semasa berada di dorm, dia ada terdengar benda jatuh, namun tidak pasti apakah benda itu, dan saksi sebelum ini tidak ada dengar apa-apa bunyi.

“Saksi juga ada menjelaskan bahawa saksi bangun mengunakan mesin basuh kerana tidak mahu berebut dengan pelajar lain untuk cuci baju,” katanya.

Pada 10 September lalu, dilaporkan bahawa pengawal keselamatan Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang memberi keterangan sebagai saksi keenam, berkata seorang pelajar telah memaklumkan kepadanya mengenai insiden seorang pelajar pengsan.

Setibanya di lokasi kejadian, pelajar yang pengsan itu kemudian dikenal pasti sebagai Zara oleh Linah kerana beliau sememangnya biasa dengan pelajar asrama.

Linah juga memaklumkan bahawa beliau telah mengambil sekeping gambar Zara yang ketika itu terbaring di dalam longkang, dan gambar berkenaan menjadi antara bahan bukti utama dalam prosiding inkues.

LINK BERITA TERDAHULU:

LINK BERITA TERDAHULU:

Prosiding inkues bersambung pada Selasa.

LEAVE A RESPONSE