Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

‘Tidak pernah terlintas menjadi serius’ – Ibu tenang iring anak ke hospital


Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seorang ibu tetap tabah dan tenang mengiringi anak sulungnya ke hospital sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), selepas anaknya itu dikejarkan pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Rosneh Asin, 52, berkata, beliau menerima berita mengejutkan itu daripada menantunya pada 21 April lalu apabila anaknya dilaporkan tidak sedarkan diri sejurus sebelum dijadualkan pulang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anaknya hanya mengadu sakit kepala yang dianggap sebagai masalah biasa akibat keletihan.

“Dia ada mengadu sakit kepala sebelum ini, tetapi kami sangka hanya penat. Tidak pernah terlintas ia akan menjadi serius seperti ini.

“Pada hari kejadian, sekitar jam 7 malam, saya dihubungi menantu yang memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di KKIA bagi menyambut ketibaan anaknya Ruhana Joseph, 34, bersama suaminya Jamri Herry,40 di sini pada Jumaat.

Anak dan menantunya sebelum ini terkandas ketika bercuti apabila Ruhana tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika hari terakhir berada di Vietnam iaitu pada 21 April lalu.

Rosneh berkata, anaknya itu merupakan anak pertama daripada enam beradik dan satu-satunya perempuan dalam keluarga.

Dalam pada itu, Rosneh merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu urusan membawa anaknya pulang ke Sabah.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta individu yang membantu. Segala urusan dipermudahkan dan kami sangat menghargainya,” katanya.

Anaknya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth II (HQE 2). – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE