Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Wanita hilang di Papar, keluarga rayu mohon bantuan orang ramai


PAPAR: Seorang wanita, Zuraini Nahiri, 34, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Pengalat Besar, di sini, kira-kira jam 3 petang, 20 April lalu.

Menurut kakaknya, Naini Nahiri, 37, adiknya keluar dengan membawa beg berwarna oren dan sebuah beg tangan, namun sehingga kini belum pulang.

Katanya, Zuraini berada dalam keadaan kurang sihat dan mudah pengsan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

“Kami dimaklumkan dia sempat singgah di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum beredar,” katanya.

Laporan polis telah dibuat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ahli keluarga di talian 010-838 9182 atau balai polis berhampiran.

LEAVE A RESPONSE