Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Masuk secara haram: Tujuh warga asing dipenjara 4 bulan


KOTA KINABALU: Enam wanita dan seorang lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana masuk ke Sabah tanpa pas yang sah.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi di Sabah selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika diminta pihak berkuasa.

Pegawai pendakwa Jabatan Imigresen, Gressia Yolanda Ismail Uvaraj, memaklumkan mahkamah bahawa kesemua tertuduh adalah warga Filipina.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman bagi tujuan pengusiran.

LEAVE A RESPONSE