Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DBKK ambil tindakan terhadap penganjur Songkran Splash Run


KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan terhadap penganjur Songkran Sunset Splash Run yang didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang diluluskan.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, ia termasuklah kaedah penggunaan air serta impak kebersihan dan keselamatan di kawasan awam.

Menurut kenyataan itu, DBKK memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kepatuhan kepada syarat kelulusan acara dan kebersihan Bandaraya Kota Kinabalu;

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak penganjur selaras dengan peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa.

“Pihak penganjur diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta-merta dan memastikan keadaan kembali seperti sedia kala,”‘menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

DBKK turut menegaskan bahawa semua penganjuran acara di Bandaraya Kota Kinabalu perlu mematuhi sepenuhnya syarat kelulusan serta perlu mengutamakan aspek keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan orang awam.

“DBKK komited untuk terus menyokong penganjuran acara yang memberi manfaat kepada Bandaraya Kota Kinabalu, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran syarat dan peraturan,” tambah kenyataan itu lagi. 

Terdahulu, DBKK berkata, penganjuran program larian oleh mana-mana pihak adalah disarankan kerana program itu dilihat memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti komuniti.

LEAVE A RESPONSE