Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Wanita dirompak ketika berehat dalam kereta, lelaki dipenjara 5 tahun & 3 sebatan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap beg tangan seorang wanita.

Semasa kejadian mangsa berusia 23 tahun sedang berehat di dalam keretanya yang berkunci.

Tertuduh, Mohd Zainie Sabli, 37, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Mohd Zainie bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan kesalahan itu pada 25 Ogos jam 11.31 malam bertempat di kawasan belakang tapak Golden Putatan, di dalam daerah Putatan, Sabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa sedang berehat di dalam kereta miliknya apabila sebuah kereta Perodua Myvi berwarna ungu gelap dan dua lelaki menghampiri kenderaan mangsa.

Salah seorang daripada mereka telah mencungkil cermin-cermin kereta pengadu manakala seorang lagi menumbuk cermin tingkap sebelah pemandu dua kali hingga pecah.

Tertuduh kemudian merampas beg tangan mangsa sebelum kedua-duanya melarikan diri menaiki kenderaan berwarna unggu gelap tersebut.

Tertuduh ditahan pada 24 September, susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, memaklumkan bahawa dia mempunyai tiga anak, telah bercerai dengan isterinya, dan ibunya tidak sihat.

Dia juga menyatakan kesediaan menerima sebatan sekiranya ia dapat memendekkan tempoh pemenjaraan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon hukuman berat, dengan menekankan trauma yang dialami mangsa serta hakikat bahawa barang yang dirompak tidak dapat ditemui semula.

LEAVE A RESPONSE