Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Jemaah haji Sabah diingat jaga disiplin, nama baik negara di Tanah Suci


Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Bakal jemaah haji negeri Sabah dinasihat untuk terus menjaga disiplin, menjaga kesihatan diri selain mematuhi peraturan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bakal jemaah haji turut diminta untuk menjaga nama baik negara khususnya negeri ini.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia amat dikenali sebagai antara jemaah yang paling berdisiplin.

“Anda bukan sahaja melaksanakan ibadah, malah secara langsung menjadi duta kecil negara.  Peluang ini mungkin datang sekali seumur hidup, maka penuhilah masa di Tanah Suci dengan memperbanyakkan ibadah.

“Jangan lupa untuk turut mendoakan kesejahteraan negara kita agar terus aman, Makmur dan diberkati oleh Allah S.W.T,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) bagi musim haji 1447H/2026M di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam

Hajiji  berkata, menerusi KPH itu, Tabung Haji (TH) telah mempersiapkan para bakal jemaah haji dari aspek mental, fizikal dan kefahaman haji menerusi modul praktikal manasik haji.

“Antaranya seperti tawaf, saie dan melontar jamrah dengan jumlah yang ramai agar ia memberi gambaran suasana yang menghampiri keadaan di Tanah Suci,” katanya.

Terdahulu, seramai 532 orang peserta menyertai KPH membabitkan tiga buah daerah di Zon Pantai Barat negeri ini.

Antara daerah terlibat Kota Kinabalu; Beaufort dan Kota Belud. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

LEAVE A RESPONSE