Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SAGA XI : Papar rangkul emas takraw berpasukan

TAWAU : Pasukan Papar berjaya menewaskan pasukan lawan dari Tongod dengan aggregat 2-1 sekaligus merangkul pingat emas bagi acara sepak takraw berpasukan lelaki pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-11.

Manakala bagi kategori berpasukan wanita, Nabawan terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Beluran selepas tewas dengan agregat 2-0.

Pingat gangsa pula dikongsi bersama oleh Kota Belud dan Tawau bagi kategori wanita dan Tawau serta Tuaran bagi kategori lelaki.

Penyampaian hadiah diadakan di Dewan Sekolah Vision di sini, pada Isnin.

Perlawanan akan diteruskan dengan kategori double, regu dan quadrant.

LEAVE A RESPONSE