Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Harga Minyak Melonjak, PETRONAS Gerak Strategi Pastikan Bekalan Negara Cukup – Sabah News

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menggerakkan strategi menyeluruh bagi memastikan bekalan bahan bakar negara kekal mencukupi susulan lonjakan harga minyak mentah global hampir 40 peratus akibat krisis berterusan di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan, PETRONAS memaklumkan pihaknya terus memantau rapat keadaan bekalan bahan api di seluruh negara bagi menjamin kestabilan, meskipun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak.

Menurutnya, hampir 40 peratus keperluan minyak mentah negara melalui laluan strategik Selat Hormuz, yang kini terdedah kepada risiko susulan konflik di rantau berkenaan.

“Sejak tercetusnya krisis, harga minyak mentah meningkat hampir 40 peratus, sekali gus menyebabkan kos perkapalan global, premium insurans dan logistik penghantaran turut meningkat dengan ketara,” menurut kenyataan itu.

PETRONAS berkata, perkembangan tersebut memberi kesan langsung kepada keselamatan bekalan bahan bakar negara, selain permintaan domestik yang terus melebihi bekalan tempatan.

Bagi menangani situasi itu, syarikat berkenaan memanfaatkan rantaian nilai bersepadunya dengan menggerakkan anak-anak syarikat untuk memastikan bekalan petrol dan diesel kekal mencukupi.

Usaha berkenaan turut menyokong pegangan pasaran hampir 50 peratus sehingga Mei 2026, manakala baki bekalan akan disediakan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.

Dalam masa sama, PETRONAS memaklumkan kerajaan terus menyediakan subsidi bagi RON95 dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus memastikan harga bahan bakar dalam negara kekal antara yang terendah di rantau ini.

“PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi mengurus sebarang potensi gangguan serta mengutamakan keselamatan tenaga dan kesejahteraan negara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik atau menyorok bahan bakar kerana tindakan tersebut boleh memburukkan lagi kesan krisis.

LEAVE A RESPONSE