Read Time:1 Minute, 2 Second
KOTA KINABALU: Amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi masyarakat di Sabah terus memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Budaya ini bukan sahaja mencerminkan keunikan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini, malah menjadi platform terbaik untuk merapatkan hubungan tanpa mengira latar belakang.
Di Sabah, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam suasana penuh muhibah apabila pintu rumah sentiasa terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Amalan ini turut melibatkan perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan yang diraikan bersama dengan semangat kekeluargaan serta saling menghormati.
Semangat perpaduan ini turut terserlah apabila Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Shazlina Fong, menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Riverson dalam suasana sederhana namun meriah dengan kehadiran rakan serta saudara-mara daripada pelbagai kaum.
Antara yang hadir ialah Ketua
Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda serta Ketua Wanita LDP, Glenna Wong yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas bersama kepimpinan LDP bahagian berkenaan.
Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat ini membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah terus kukuh, sekali gus wajar dipelihara sebagai simbol identiti negeri yang harmoni dan bersatu padu.






