RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan isterinya Datin Nurhayatie Farhana Abdullah di Singgaron Baru, di sini pada Isnin.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh penduduk setempat serta para jemputan yang hadir, sekali gus memeriahkan suasana sambutan dalam penuh harmoni dan muhibah.

Majlis berkenaan turut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, selaras dengan semangat perpaduan yang terus dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.
Selain itu, kehadiran pemimpin bersama masyarakat dalam majlis seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan serta memelihara keharmonian negeri.






