Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Polis Sahkan Tahan Seorang Lelaki Kerana Gagal Kemuka Dokumen Pengenalan Diri

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU– Polis Daerah Kota Kinabalu menahan seorang lelaki yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa operasi pencegahan jenayah dijalankan di kawasan One Borneo Mall, Jalan Sulaman, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata tangkapan dibuat kira-kira jam 3 petang pada 15 Mac 2026 oleh sepasukan anggota Taskforce Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang sedang menjalankan Ops Cegah Jenayah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, ketika operasi dijalankan, polis menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.

“Suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu rakaman video berkaitan tangkapan tersebut telah tular di media sosial Facebook.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen Malaysia berhubung status kewarganegaraan suspek.

Dalam pada itu, polis menegaskan bahawa operasi cegah jenayah akan terus dipergiatkan di lokasi tumpuan awam bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara.

LEAVE A RESPONSE