Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

KPM Umum Cuti Tambahan Raya Pada Rabu, Rehat Lebih Panjang – Sabah News





Gambar sekadar hiasan…

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 Mac ini.

Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, KPM memaklumkan, bagi Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

“Bagi Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat),” kata KPM.

Berdasarkan kalendar itu juga, cuti tambahan tersebut akan bersambung dengan Cuti Penggal 1 bagi semua warga sekolah.

Ia sekali gus membolehkan ibu bapa dan warga sekolah menikmati Syawal dan rehat yang lebih panjang.

Sebagai makluman, agi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.




LEAVE A RESPONSE