Read Time:1 Minute, 21 Second
KOTA KINABALU : Sebanyak 2,500 bubur lambuk dimasak dan diagihkan kepada warga kerja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan jabatan yang hadir pada Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk.
Program itu dianjurkan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Labuan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah di sini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, program berkenaan bukan sekadar aktiviti memasak bubur lambuk, sebaliknya platform mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan di negeri ini.

“Sebanyak 2,500 bubur lambuk berjaya dimasak secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada warga kerja agensi serta jabatan yang hadir.
“Program ini menjadi ruang untuk kita berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama antara agensi sepanjang Ramadan,” katanya.
Program Kongsi Bubur Lambuk ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) bagi pihak Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Labuan yang dipengerusikan Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil.
Sementara itu, INTAN Kampus Sabah turut menyediakan fasiliti serta sokongan logistik bagi memastikan kelancaran program yang dijalankan secara gotong-royong itu.
Antara jabatan yang menerima agihan bubur lambuk ialah Pejabat Daerah Tuaran, Markas Armada Timur, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Sekolah Kebangsaan Lapasan serta Jabatan Sukarelawan Malaysia melalui Pusat Latihan RELA.

Turut hadir mewakili Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah ialah Presiden Kelab KERIS, Josliw Matjumping.
Khairulanuar dalam pada itu berkata, program seumpama itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Ramadan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat meni program berkenaan yang disifatkan sebagai usaha kecil tetapi membawa makna be: menyemai nilai perkongsian dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.






