Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kes wanita dikerat: Lelaki 71 tahun didakwa membunuh

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 71 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat di Indah Permai, Sepanggar.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Piluta Samad yang dihadapkan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Pengakuan tertuduh hanya akan diambil di Mahkamah Tinggi selepas kes dipindahkan ke sana.

Piluta didakwa membunuh Hamidah Husin @Lisa, pada 11 Februari 2026, di antara jam 6 petang hingga 7malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya, tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berumur bawah 50 tahun, jika sabit kesalahan.

BERITA LANJUT MENYUSUL….

LEAVE A RESPONSE