Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

AKPS Tegaskan Tiada Kompromi Terhadap Ancaman Selepas Kes Tembakan Di Bukit Kayu Hitam


Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTRAJAYA — Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M. Nassir berada dalam keadaan selamat dan stabil susulan insiden tembakan yang berlaku pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan pegawai berkenaan juga kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. 

Ketua Pengarah AKPS turut turun padang ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi meninjau situasi, mendapatkan maklumat terperinci serta memastikan tahap keselamatan berada dalam keadaan terkawal.

Menurut kenyataan itu, AKPS sebelum ini menerima beberapa ancaman, dan insiden tembakan tersebut disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius serta tidak akan dikompromi. 

Agensi berkenaan menegaskan sebarang ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara merupakan satu jenayah dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang terhadap pihak yang cuba menggugat keselamatan pintu masuk negara.

AKPS turut menegaskan insiden berkenaan tidak akan melemahkan semangat warga agensi itu, sebaliknya memperkukuh iltizam pegawai dan anggota untuk terus melaksanakan tugas secara profesional dalam menjaga keselamatan sempadan negara. 

Sebelum itu, media melaporkan Seorang komander kanan keselamatan sempadan nyaris menjadi mangsa tembakan dalam insiden mengejutkan di sini awal pagi tadi.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berdepan detik cemas apabila dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan dipandunya kira-kira jam 5.40 pagi.

Ketika kejadian, beliau difahamkan dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh dengan memandu Proton S70 jenis SUV.

Secara tiba-tiba, dua individu menaiki motosikal dengan lampu dipadamkan menghampiri kenderaannya sebelum salah seorang suspek melepaskan tembakan.

Untuk rekod Mohd Nasaruddin M Nasir, merupakan Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sebelum bertukar ke Agensi Berkenaan

LEAVE A RESPONSE