Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Cuaca lembap berterusan di Sabah, rakyat diminta waspada

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Sabah dijangka akan terus mengalami corak cuaca lembap sepanjang tempoh lima hari akan datang.

Menteri Sumberi Asli dan Kelestaruan Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan analisis model cuaca terkini, Sabah dijangka menerima pengaruh angin timuran dan baratan yang lemah sepanjang tempoh ramalan.

Beliau berkata,  keadaan ini meningkatkan kelembapan atmosfera dan berpotensi menyebabkan hujan serta ribut petir di beberapa tempat di negeri Sabah.

“Bagi kawasan Pantai Barat, hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.

“Di kawasan Pedalaman, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di awal dan akhir tempoh ramalan, sementara pada sebelah petang dan malam hujan serta ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat sepanjang tempoh ramalan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Arthur berkata, di bahagian Sandakan, Tawau dan Kudat, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku pada waktu pagi diikuti hujan dan ribut petir pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk memastikan penyaluran maklumat dan amaran cuaca ini dilakukan secara agresif dan tepat pada waktunya.

“Saya mahu rakyat Sabah mendapat akses kepada data ramalan yang sahih dan terkini supaya sebarang risiko bencana akibat cuaca lembap ini dapat diuruskan dengan lebih berkesan di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat Sabah untuk sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut, terutamanya pada waktu petang dan malam.

“Sila dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi seperti aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my, atau media sosial MET Malaysia bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa terjamin. 

“Saya mendoakan agar semua rakyat Sabah sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan sepanjang mendepani fasa cuaca mencabar ini,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE