Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Aplikasi Ryt Bank Catat Muat Turun Tertinggi Di Malaysia Dalam Sektor Kewangan

KUALA LUMPUR — Aplikasi mudah alih Ryt Bank muncul sebagai aplikasi kewangan nombor satu serta menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Malaysia setakat Februari tahun ini.

Menerusi makluman di laman Instagram rasmi bank digital berkenaan, mereka  memaklumkan pencapaian tersebut direkodkan di kedua-dua platform utama iaitu Apple App Store dan Google Play.

Ryt Bank yang dilancarkan pada Ogos 2025 hasil kerjasama YTL Group bersama syarikat teknologi berpangkalan di Singapura, SEA Ltd, turut dikenali sebagai bank pertama di dunia yang dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut kenyataan bank itu, kedudukan teratas dalam kategori kewangan sahaja sudah dianggap signifikan, namun menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di negara ini dilihat sebagai satu pencapaian yang lebih besar.

Pihak bank menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil sokongan komuniti dan organisasi secara bersama, selain menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Ryt Bank sebelum ini memperoleh lesen operasi daripada Bank Negara Malaysia, manakala deposit pelanggan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

LEAVE A RESPONSE