Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Liga Super : Kesilapan sendiri punca Sabah FC tewas besar

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Pemangku Ketua Jurulatih Sabah FC Alto Linus, mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Likas, malam tadi.

Beliau berkata, ia khususnya dari segi permainan keseluruhan dan kesilapan yang membawa kepada jaringan pihak lawan yang menyaksikan Sabah FC tewas 1-6 kepada JDT.

Menurut beliau, Sabah banyak melakukan kesilapan sendiri yang akhirnya dihukum oleh lawan.

“Secara keseluruhan, kita lihat banyak yang harus kita perbaiki dari segi permainan kita, terutamanya dalam situasi jaringan yang kita bolosi disebabkan kesilapan sendiri pemain.

“Ini yang harus kita perbaiki dengan segera kerana kita ada perlawanan yang akan datang. Kalau kita tidak perbaiki, kesilapan yang sama akan berulang,” katanya dalam sidang media sejurus tamat perlawanan.

Mengulas mengenai keputusan perlawanan, beliau menegaskan bahawa pasukan tidak boleh berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh.

“Dengan keputusan ini, kalau kita cakap puas hati, memang kita tipu diri sendiri dengan keputusan begini.

“Jadi seperti yang saya katakan tadi, kita harus perbaiki apa yang perlu untuk perlawanan seterusnya,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, perlawanan menentang JDT jelas menunjukkan bahawa kesilapan kecil tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Kita tengok apabila kita berdepan dengan JDT, bila kita buat kesilapan kecil, mereka cepat untuk menghukum kita. Itu yang berlaku malam ini,” ujarnya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

LEAVE A RESPONSE