Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

30 asnaf terima sumbangan bakul makanan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memperkukuh gerak kerja kebajikan apabila menyantuni 30 penerima asnaf melalui penyampaian bakul makanan di Sembulan hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, di Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah sempena bulan Ramadan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bertujuan memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir terutama dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Kita mahu memastikan golongan asnaf tidak terpinggir, lebih-lebih lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin mencabar. Bantuan ini mungkin kecil, tetapi besar maknanya kepada mereka yang memerlukan,” katanya semasa majlis tersebut.

Beliau menegaskan bahawa usaha kebajikan tidak seharusnya dipikul oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan sokongan menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat.

Selain itu, beliau menyeru syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar tampil bersama menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.

“Selain menyumbang dalam bentuk kewangan atau barangan, syarikat-syarikat termasuk GLC juga digalakkan memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bersifat berterusan, agar amalan kebajikan ini menjadi budaya dan bukan sekadar bermusim.

“Bantuan yang diberikan oleh syarikat korporat dan badan bukan kerajaan itu bukan saja mampu mengurangkan penderitaan golongan kurang berkemampuan, malah turut meringankan bebanan kerajaan dalam menyediakan kemudahan untuk tujuan itu,” tambahnya.

Turut hadir Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait; Timbalan Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; dan Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot.

Dalam majlis itu, Azizah turut menyerahkan bakul makanan kepada Surinam mewakili Parlimen Beaufort (50), Sipitang (50) dan Kimanis (50); Salmah mewakili Parlimen Putatan (50), dan Perkumpulan Perempuan Sabah (100).

LEAVE A RESPONSE