Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah sehingga esok

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah selama dua hari sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah iaitu di Pantai Barat melibatkan Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

“Turut dijangka berlaku di Sandakan melibatkan Telupid dan Beluran serta Kudat dalam tempoh dua hari bermula hari ini, sehingga Jumaat, 13 Februari 2026,” katanya.

MET Malaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca. SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE