Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

JPJ Sabah sita kenderaan mewah milik ahli perniagaan

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan mewah milik seorang ahli perniagaan dalam Ops Khas Luxury yang dijalankan di Jalan Tuaran, di sini.

Kenderaan mewah milik ahli perniagaan yang disita.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, tindakan sitaan diambil selepas kenderaan jenis Toyota Supra 3.0L itu dikesan melakukan beberapa kesalahan lalu lintas.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan telah tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

“Kenderaan itu juga didapati tidak mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesalahan berkenaan melanggar peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di bawah Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1).

Tambahnya, kenderaan tersebut telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan operasi seumpama itu akan diteruskan secara berterusan.

“JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya,” katanya.

LEAVE A RESPONSE