Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

PGA anjur Sea Combat 2026, pastikan anggota sedia hadapi ancaman perairan


KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah melaksanakan latihan berintensiti tinggi Sabah Sea Combat 2026 yang melibatkan 42 anggota sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan di perairan Sabah.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata latihan berfokuskan strategi peperangan di laut itu dilaksanakan selama sebulan bermula 19 Januari lalu.

”Ini bagi memastikan anggota bersedia menghadapi ancaman keselamatan yang semakin mencabar khususnya di perairan Sabah yang mempunyai risiko strategik serta bentuk geografi yang kompleks.

”Latihan ini akan dijadikan sebagai program tahunan bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan serta strategi PGA dalam menghadapi sebarang ancaman terutamanya insiden keselamatan di perairan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di sini pada Isnin.

Tambahnya, Majlis Penutupan Sabah Sea Combat 2026 dijadualkan berlangsung pada 13 Februari ini di Pantai Payang, Lahad Datu dan akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara.

Nor Omar berkata, kunjungan tersebut bertujuan memberi taklimat berkaitan penugasan serta operasi semasa PGA di Sabah.

Selain itu, beliau yang baharu dilantik sebagai Komander Briged Sabah PGA sejak lebih empat bulan lalu memaklumkan pertemuan tersebut juga untuk memperkenalkan diri secara rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri.

LEAVE A RESPONSE