Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kesepakatan sempadan Malaysia-Indonesia perlu dihormati

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, menegaskan bahawa kesepakatan Malaysia dan Indonesia berhubung sempadan perlu dihormati, susulan dakwaan palsu yang tular baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan sesi libat urus dengan Sabah dan Sarawak serta mematuhi semua prosedur yang ditetapkan.

“Segala dakwaan yang mengatakan kita mengkhianati negara adalah tidak benar.

“Isu ini boleh dibincangkan secara rasmi dengan kementerian dan agensi bagi mengelakkan maklumat salah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat dan Kunjungan Hormat Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Parlimen pada Khamis.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan bahawa Malaysia menyerahkan tanah seluas 5,207 hektar kepada Indonesia sebagai pampasan.

Beliau menegaskan sempadan darat ditentukan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan perjanjian persempadanan sedia ada, bukan pampasan atau untung rugi.

LEAVE A RESPONSE