Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Pemanah Kota Kinabalu diseru tampil cemerlang di SAGA XI 2025

KOTA KINABALU: Pemanah Kota Kinabalu diseru untuk memberikan persembahan terbaik pada temasya Sukan Sabah XI (SAGA XI) 2025 yang dijadual bermula Sabtu ini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tawau.

Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah merangkap Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Datuk Ram Singh, berkata demikian ketika majlis penyerahan bendera dan penyampaian pakaian rasmi pasukan pada Rabu.

Kontinjen Kota Kinabalu yang mewakili Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu terdiri daripada tujuh atlet lelaki dan lapan atlet perempuan, bersama tujuh pegawai termasuk jurulatih dan pengiring.

Walaupun tidak menurunkan dua pemanah kebangsaan iaitu Evan Rich Chong dan Quik Chern Xin, Ram tetap optimis pasukan itu mampu mengulangi atau memperbaiki pencapaian cemerlang pada edisi terdahulu di Ranau, yang menyaksikan mereka membawa pulang tujuh pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa daripada 21 pingat keseluruhan yang dipertandingkan.

Temasya SAGA XI 2025 akan berlangsung selama tujuh hari bermula 11 hingga 18 Oktober di beberapa venue sekitar daerah Tawau.

Sebanyak 30 kontinjen melibatkan lebih 9,000 peserta bakal memeriahkan temasya SAGA edisi ke-11 tahun ini.

LEAVE A RESPONSE