Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Hujan lebat, angin kencang dijangka landa beberapa kawasan di Sabah

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah dijangka akan mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Sabah merangkumi Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud.

“Antara kawasan lain yang terlibat di Sabah melibatkan Tawau; Lahad Datu; Sandakan dan Kudat selain Labuan sehingga jam 10 pagi 29 Januari,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

Amaran ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan, khususnya ketika berada di luar rumah, memandangkan ribut petir berpotensi menyebabkan kejadian seperti banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, pengguna jalan raya dan nelayan pantai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati serta sentiasa memantau perkembangan cuaca semasa. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE