Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kerajaan Lancar Dashboard MA63 di Parlimen Rabu ini – Mustapha Sakmud

Read Time:1 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR –  Kerajaan akan melancarkan Dashboard Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) pada 28 Januari ini di Parlimen Malaysia sebagai usaha memperkukuh ketelusan dan pemantauan terhadap pelaksanaan tuntutan berkaitan Sabah dan Sarawak.

Majlis pelancaran itu akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Hajji Fadillah Yusof, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud, dalm satu kenyataan malam ini.

Menurut kenyataan tersebut, jemputan rasmi telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan pelaksanaan MA63 dipantau secara telus, sistematik dan berterusan.

“Pelaksanaan MA63 kini bukan lagi sekadar agenda wilayah Sabah dan Sarawak, sebaliknya telah menjadi agenda nasional yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Bermula 28 Januari, orang ramai boleh mengakses maklumat sahih berkaitan 29 tuntutan utama MA63 melalui Dashboard MA63 yang dibangunkan bagi mengelakkan kekeliruan maklumat, bias politik serta penyebaran fakta tidak tepat.

Dashboard itu boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Datuk Ts Mustapha, inisiatif tersebut juga bertujuan meningkatkan literasi awam berhubung status sebenar pelaksanaan MA63, selain membolehkan rakyat memantau perkembangan tuntutan secara terbuka dan berfakta.

LEAVE A RESPONSE