Read Time:1 Minute, 0 Second
KOTA KINABALU: Produk aspal berprestasi tinggi, AHNTECH VTX- Super Fiber Reinforced All Weather Cold Mix Asphalt digunakan sebagai percubaan untuk menampal jalan rosak dan berlubang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja percubaan itu dilakukan di Jalan Tuaran Bypass dengan disaksikan sendiri Pengarah JKR Sabah, Datuk Ir Philemon Lajawai dan Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom KK Sogon di sini pada Rabu.

Menurut JKR, kerja percubaan itu melibatkan penyertaan pelbagai cawangan teknikal JKR Sabah, termasuk Cawangan Jalanraya, Projek Jalan Luar Bandar, Lebuhraya, Cerun, Jambatan serta Trafik dan Pengangkutan.
“Usaha itu bagi menilai keberkesanan bahan baharu dalam pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan.
“AHNTECH VTX- Super Fiber Reinforced All Weather Cold Mix Asphalt adalah bahan asfalt cold mix berprestasi tinggi yang diperkuat dengan gentian sintetik dan direka khas untuk kerja pembaikan serta penampalan lubang jalan secara kekal dalam semua keadaan cuaca tanpa pemanasan, termasuk ketika basah atau hujan, serta membolehkan pembukaan trafik segera selepas pemadatan,” menurut kenyataan itu di sini.

Ketika ini, isu jalan berlubang banyak diluahkan pengguna jalan raya di seluruh negeri, manakala di ibu negeri, antara lokasi yang sering berdepan masalah itu ialah di laluan Tebobon-Tuaran.
Situasi itu menimbulkan masalah keselamatan pengguna jalan raya dan kerosakan kenderaan. – SABAH MEDIA






