Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Program Sekolah Penyayang sempena Back To School di SK St Theresa, Tambunan

Oleh J Evachel John

TAMBUNAN: Hari pertama sesi persekolahan di SK St Theresa, Tambunan disambut dengan suasana hangat dan mesra melalui program “Back To School” yang menekankan konsep sekolah penyayang.

Senyuman terpancar ketika murid-murid beratur dan bersalaman dengan guru-guru di perkarangan sekolah, menunjukkan keterujaan dan rasa selamat mereka kembali ke sekolah.

Setiap murid juga menerima buah tangan dan sticker motivasi, sebagai dorongan untuk memulakan sesi pembelajaran dengan semangat.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak turut kelihatan lega, sambil merakam detik manis ketika anak mereka kembali ke sekolah.

Menurut pihak sekolah, inisiatif seperti ini bukan sekadar meraikan murid, tetapi juga membina persekitaran pembelajaran yang mesra, selamat, dan berinspirasikan nilai murni sejak hari pertama sesi persekolahan.

“Seronok tengok murid-murid ceria dan bersemangat hari ini. Sambutan sebegini membuatkan mereka selesa dan berasa dialu-alukan ke sekolah, dan yang paling penting, sekolah mahu menanam nilai hormat sejak awal,” kata seorang guru.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin pada Ahad berkata Seramai 490,314 pelajar di Sabah akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2026 yang akan bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 276,144 adalah pelajar sekolah rendah, manakala selebihnya adalah pelajar sekolah menengah.

LEAVE A RESPONSE