Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Ketua Menteri Ketuai Delegasi Sabah ke Pemukiman Kerajaan MADANI 2026 – Sabah News

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai delegasi negeri itu menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 selama dua hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran KWSP, Bangi, Selangor bermula Sabtu, 10 Januari.

Turut menyertai delegasi Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Arifin Arif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada hari pertama permukiman yang menghimpunkan barisan kepimpinan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

Pada hari kedua, Hajiji membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu-isu semasa berkepentingan rakyat dari perspektif Sabah.

Permukiman itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar iaitu Dato’ Seri Amiruddin Shari (Selangor), Dato’ Sri DiRaja Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Dato’ Onn Hafiz Ghazi (Johor) dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak).

Selain itu, semua menteri Kabinet Persekutuan turut hadir bagi membincangkan hala tuju serta agenda pentadbiran Kerajaan MADANI bagi tahun 2026.

LEAVE A RESPONSE