Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRN17: Mesyuarat khas tetapkan tarikh PRN 16 Oktober ini – SPR

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima writ pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, pada 7 Oktober.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus,  berkata penerimaan writ tersebut menandakan bermulanya proses rasmi bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Khairul berkata, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan perjalanan PRN Sabah Ke-17, termasuk tarikh penamaan calon, pengundian awal, dan hari mengundi.

Katanya, langkah ini menandakan permulaan rasmi kepada proses pilihan raya negeri yang dijangka menjadi tumpuan utama politik Sabah, selepas pembubaran DUN diumumkan oleh Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor, pada Isnin lalu.

Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 bakal menjadi medan penting bagi menentukan hala tuju baharu politik negeri itu, dengan beberapa parti utama sudah mula memperkukuh jentera masing-masing menjelang penetapan tarikh rasmi oleh SPR. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE