Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kota Kinabalu diisytihar kawasan bencana banjir, satu PPS diaktifkan

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak petang tadi selain paras air sungai berada pada tahap bahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 9 malam tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Berikutan itu, Sabin berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Masjid Al Munir Kampung Darau, Manggatal.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada ahli JPBD Kota Kinabalu, adalah dengan ini saya selaku Pengerusi JPBD telah membuka PPS bagi menempatkan mangsa yang terlibat di Dewan Masjid Al Munir Kg Darau,” katanya.

Petang tadi, beberapa kawasan sekitar Inanam, Manggatal dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dilaporkan banjir berikutan hujan berterusan sejak jam 4 petang.  – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE