Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Sabah FA juara Liga Wanita Nasional 2025, catat rekod tanpa kalah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Pasukan bola sepak wanita Sabah FA sekali lagi dinobatkan sebagai juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 selepas menewaskan MBSJ FC 4-2 di Stadium Likas di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengesahkan kejuaraan milik Sabah FA walaupun masih berbaki satu perlawanan dalam liga.

Lebih membanggakan, Sabah FA belum pernah tewas sepanjang kempen liga musim ini, membuktikan dominasi dan konsistensi pasukan wanita negeri di pentas nasional.

Pada perlawanan itu, gol Sabah FA masing-masing dijaringkan Win Theingi (P) pada minit ke-38 dan minit ke-57, Naziratul Amira (gol sendiri) minit ke-42 dan  Azzlyeanieh Kinuli minit ke-74.

Gol pasukan pelawat disempurnakan Dian Aqilah minit ke-18 dan  Andrea Lee pada minit ke-88.

Perlawanan berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, yang hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan Sabah FA.

Ketibaan beliau diiringi Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, serta Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Fairuz Renddan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya dan Pengurus Pasukan Wanita Sabah FA, Arziz Arfizy. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE