Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

16 kenderaan diserahkan kepada SAN, SMAN di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 buah kenderaan telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) bagi memudahkan urusan pentadbiran dan tugasan rasmi di peringkat daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,  inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 SAN serta tujuh buah SMAN, walaupun pelaksanaannya dibuat secara berperingkat.

“Walaupun ia dilaksanakan secara berperingkat, kita berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun semua sekolah agama negeri akan memiliki kenderaan yang sama bagi memudahkan pelaksanaan tugas rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan 16 buah kenderaan bagi fasa pertama di dewan Institut Tahfiz al-Quran Sabah (ITQAS) Sembulan di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Agama berkata, kemudahan itu penting bagi membantu guru besar dan pengetua menjalankan tanggungjawab bukan sahaja di sekolah, malah dalam memenuhi jemputan rasmi di peringkat daerah dan kampung, selain berurusan dengan ibu bapa serta masyarakat setempat.

Katanya, pihaknya turut meminta agar dipertimbang untuk disediakan bas khusus untuk sekolah menengah berasrama bagi memudahkan perjalanan rasmi pelajar serta keperluan lain berkaitan sekolah.

Dalam masa sama katanya, permohonan turut dikemukakan agar JHEAINS di daerah-daerah yang masih belum memiliki kenderaan disediakan kemudahan sama memandangkan pegawai-pegawai terlibat mempunyai tanggungjawab besar dalam urusan dakwah, pemantauan serta penyelarasan program.

“Inisiatif ini amat penting dan dengan keprihatinan Kerajaan Negeri, kita yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE