Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SEDCO komited selesaikan projek legasi tertangguh

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan projek-projek legasi yang tertangguh, termasuk Projek Taman Perindustrian Kecil dan Sederhana (IKS) SEDCO, melalui pendekatan lebih tersusun dan berfokus kepada penyelesaian.

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Ar James Wong berkata, sbagai langkah proaktif, pengurusan SEDCO telah mengadakan siri mesyuarat penyelarasan kecemasan serta lawatan tapak ke projek berkenaan bersama perunding, kontraktor dan pakar teknikal.

Katanya, ia adalah bagi mengenal pasti isu-isu kritikal yang menjejaskan kemajuan projek. 

Menurutnya, usaha itu bertujuan bagi memastikan langkah pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

“Langkah bersepadu itu mencerminkan kesungguhan SEDCO untuk menangani projek-projek bermasalah yang diwarisi daripada fasa terdahulu, sekali gus memastikan projek strategik berkenaan dapat disiapkan demi manfaat ekonomi negeri.

“SEDCO komited untuk menyelesaikan isu kewangan dan teknikal yang telah menjejaskan projek ini. 

” Dengan pelan pemulihan yang jelas serta penyelarasan rapi semua pihak berkepentingan, kami yakin projek ini kini kembali berada pada landasan yang betul,” katanya.

Projek Taman Perindustrian Kecil dan Sederhana SEDCO, yang diluluskan pada 2016, merangkumi 44 unit perindustrian melibatkan lot kilang jenis teres, berkembar dan banglo. 

Walaupun mengalami kelewatan, beberapa langkah pembetulan yang dilaksanakan telah membantu mengatasi cabaran utama dan mempercepatkan kemajuan semasa.

James berkata , kemajuan baharu projek ini juga sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus projek dan mempercepat penyampaian pembangunan melalui pendekatan pragmatik serta berorientasikan hasil.

Katanya, pihaknya yakin penyelesaian projek legasi tertangguh ini bukan sahaja akan memulihkan keyakinan terhadap pelaksanaan projek kerajaan, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana serta pembangunan ekonomi mampan di Sabah.

LEAVE A RESPONSE