Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah dan Labuan

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang dijangka terjejas termasuk bahagian Pedalaman meliputi Kuala Penyu dan Beaufort, serta Pantai Barat Sabah merangkumi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Selain itu, WP Labuan turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

MetMalaysia menjelaskan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui laman rasmi MetMalaysia dan media sosial jabatan tersebut. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE