Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Lelaki ditahan berhubung video tular pukul kanak-kanak

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang sekumpulan pelajar madrasah, dalam satu kejadian yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) serta tular di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 14 Disember 2025, kira-kira jam 11.55 malam, di sebuah premis perniagaan di sekitar Kota Kinabalu, melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta penderaan terhadap kanak-kanak yang tular melalui rakaman video di media sosial.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi semua pihak yang terlibat. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 4 minit 51 saat yang memaparkan seorang lelaki dewasa menendang dan memukul beberapa individu kanak-kanak menggunakan topi keledar.

LEAVE A RESPONSE