Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Mesyuarat Khas PRK Kinabatangan dan DUN Lamag 16 Disember

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah pada 16 Disember ini.

Mesyuarat khas itu adalah susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat khas itu dijadual berlangsung bermula jam 10 pagi yang bertujuan membincangkan urusan berkaitan pelaksanaan PRK bagi kedua-dua kawasan terbabit.

Sejurus tamat mesyuarat khas itu, satu sidang media akan diadakan pada jam 11.30 pagi di Bilik Taklimat, Menara SPR, Putrajaya bagi memaklumkan keputusan serta ketetapan rasmi berkaitan PRK itu kepada orang ramai dan pihak media.

LEAVE A RESPONSE