KOTA KINABALU: Seorang penyelia pasar raya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 1,005.5 gram syabu.
Hakim Datuk Celestina Stuel Galid membebaskan dan melepaskan Rosman, 27, tanpa memanggilnya membela diri.
Beliau membuat Keputusan itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Rosman didakwa mengedar dadah berbahaya itu di laluan pejalan kaki di tepi bangunan Universiti Utama Condominium (UUC), Jalan Kayu Madang pada 25 Januari 2023, jam lebih kurang 10.45 pagi.
Pihak pendakwaan memanggil lima saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 29 September sebelum menutup kes pada 1 Oktober.
Rosman diwakili peguam Dominic Chew Ban Huat.






