Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Sambutan Krismas Sabah 2025 perkukuh identiti negeri aman dan harmoni

KOTA KINABALU : Pelbagai persembahan akan diadakan sempena Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Padang Merdeka bermula 16 sehingga 19 Disember ini.

Pengerusi Penganjur Bersama Majlis Gereja-gereja Sabah, Father Thomas Yip berkata sambutan tarian dan hiburan tersebut bukan sekadar perayaan tetapi juga menjadi wadah memperkukuh identiti Sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni.

“Sambutan ini bukan sekadar acara perayaan,  ia memperkukuh identiti sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni. 

“Apabila masyarakat berkumpul dalam suasana penuh harmoni dan keamanan, masyarakat dapat melihat keharmonian, kasih sayang serta hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan. 

“Detik-detik beginilah yang membentuk jiwa sesebuah negeri, bukan sekadar infrastrukturnya,” katanya semasa sesi temubual Bah Atur Kupi-kupi FM bersama juruhebah Boy Vanz, di sini.

Menurutnya sambutan tersebut  membawa tema Hope for Peace In Love mencerminkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang ada di negeri ini.

“Tema ini membawa mesej bahawa keamanan dan kemajuan hanya akan dapat dicapai apabila masyarakat bersatu padu serta saling menyokong dengan kasih sayang, persefahaman dan rasa hormat.

“Ia juga menekankan bahawa kasih adalah asas kepada perpaduan, manakala keamanan membolehkan harapan tumbuh” ujarnya.

LEAVE A RESPONSE