Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU SABAH: SPR umum 21 kerusi, GRS mendahului

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan rasmi bagi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat 11.30 malam.

Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan kemenangan di 10 kerusi, diikuti Parti Warisan dengan enam kerusi dan Barisan Nasional dengan dua kerusi. Pakatan Harapan (PH), UPKO dan Parti KDM masing-masing meraih satu kerusi.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihaknya masih menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi 52 lagi Bahagian Pilihan Raya Negeri di seluruh Sabah.

“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

LEAVE A RESPONSE